Wednesday, February 13, 2013

drama

DON'T HATE ME FOR THE INCREDIBLE FREAK I AM..
DO LOVE ME FOR THE WONDERFUL PERSON NOBODY WILL ADMIT I AM...



Lamanya tak update blog.. rindu siak!!!

3 minggu lepas bawak Milo pergi klinik,nampak macam sakit teruk..tak nak makan langsung,tried force feed tapi dia muntahkan balik makanan,mata merah berakhir,hidung berhingus,ada bersin sekali,perut plak membesar..dalam fikiran dah bayangkan “entah2 kena FIP,wabak segala bagai”.. aduhai,memang serabut ah.. nasib baik time tu offday.. so sampai je kat klinik,terus buat test.. after 10 minutes, alhamdulillah.. negative.. cuma flu biasa je.. so,Milo kena makan 5 jenis ubat.. kena plak Milo ni susah gila katak nak makan ubat,memang siap ah kena cakar,gigit bagai..last,balut je dia dalam tuala..tapi budak kecik ni memang bijak.. nampak macam telan je ubat tu.. eh,ada plak ubat kat lantai.. dia muntahkan balik.. memang nak kena banyak bersabar.. alhamdulillah,sekarang ni Milo dah sihat walafiat..seminggu lepas tu plak,Poodle plak dah sakit..aduhai..

sekarang,dah lebih dari 3 minggu dah Poodle masih sakit..entah kenapa la masih tak sembuh sepenuhnya.. hari pertama tu dia memang dah teruk,satu family ingatkan Poodle nazak..aku pun dah siap drama Korea,tisu sekotak..mata bengkak..memang tak bersedia sangat kalau ditakdirkan Poodle “pergi”.. dah 4 tahun kan hidup dengan dia.. plus,Poodle la kucing pertama yang aku bela bila pindah ke Kuching ni.. memang seolah2 dunia ni hancurla kalau takde Poodle..serius!!!

hari pertama dia sakit pun terus bawak pergi klinik..doktor buat test lagi,negative..masih disahkan flu..so,kena makan ubat lagi..nasib baik Poodle jenis yang redha je kena telan ubat..letak dalam mulut,tiup hidung,terus telan..sangat senang..tu yg sayang sangat2 kat dia.. petang tu,dengar dia batuk,malam batuk dia semakin teruk..memang batuk tu bunyi cam manusia...orang tua yang tengah nazak..serius,memang sangat memilukan.. boleh nampak dari muka dia,betapa seksa nya sebab batuk tu,semalaman la tak tentu tidur sebab dengar dia batuk,plus nak kena tenangkan dia..nak stay dengan dia..biar dia tau tuan dia ni sanggup bersama dia dalam susah atau senang,takkan tinggalkan dia dalam keadaan macam tu..sumpah sangat sedih masa tu..

keesokan hari,batuk tu semakin teruk.. masa tu aku tengah lunch dengan family, aku dengar dia macam muntah..so cepat2 lari masuk bilik.. nampak Poodle dah terbaring.. ya Allah,tak tau caner nak bayangkan perasaan masa tu.. memang takada perkataan yg boleh huraikan betapa....ah,tak tau caner nak explain! Rasa jantung ni berhenti sekejap.. cepat2 angakt Poodle, ya Allah.. Poodle sangat sakit! Dia muntah darah.. ketulan darah yang agak besar.. alahai kesiannya, dia terkencing sekali.. memang dah tak dapat control kot.. nampak dalam mata dia,dia seolah cuba bagitau betapa sakitnya dia masa tu.. memang nangis tak henti2 la tengok keadaan dia masa tu.. memang tak putus2 doa kat Allah supaya Poodle selamat.. bawak lagi ke klinik.. masa tu punyalah ramai manusia kat klinik..nak tunggu giliran mmg lama.. even aku staff kat situ,kami tak amalkan sikap potong giliran even siapa pun anda.. aku faham.. aku cuma mampu tenangkan diri, berdoa banyak2.. berlagak tenang,walhal mata dah bengkak..

bila turn aku,alhamdulillah..selepas injection,drip,semuanya hanya mampu serah pada takdir je la.. aku declined untuk hospitalisation,bukan sebab masalah duit.. cuma,tengokkan keadaan masa tu,entah tak tau ada harapan atau tidak..kalau betul tak ada,biarlah dia pergi aman depan mata aku sendiri.. aku tak nak dia tahan sakit sorang2 kat klinik tu.. even hospitalisation pun,doctor bukan boleh ada untuk dia 24 hours.. impossible kan? Aku tau semua tu.. so,hanya berbekalkan ubat,tawakal..aku bawak Poodle balik..

dah 3 minggu berlalu,alhamdulillah..nampak makin sembuh..cuma masih bersin sikit2.. tahu,flu ni mmg lambat nak sembuh,mmg akan ambil masa yang lama.. sekarang pun dia masih under medication,supplements bagai,makan pun kena jaga..tapi selera dia dah walla..bersyukur sangat2!!!

kbai

P/S : flu pada kucing ni takkan berjangkit pada manusia tapi 100% kemungkinan utk berjangkit ekpada haiwan lain sangat besar potensinya..sebab virus ni merebak melalui udara..so,kalau ada kucing kita yang terkena flu,tolong la letak dia dalam sangkar,isolated area,tempat yang panas sikit,cepat2 bawak pergi jumpa doktor sebelum terlambat..paling penting,tolong la vaksin kucing anda...

No comments: